Saturday 20 May 2017

It's been awhile...,

Assalamualaikum w.b.t

He he he.
Hi peeps! Still remember me? I'm here because I miss everything about blogging. I hope it doesn't sound like a-w-k-w-a-r-d-ly but actually it does. Nevermind. Bila check balik tarikh post post lepas, mashaAllah dah setahun lebih rupanya. Rasa macam kejap gilaaa. I'm already 18 this year!!! Tahu tak my post before this, that time baru 16 kot. Sumpah kejap je rasa. 

Kita terus skip life pada 18 tahun ok walaupun aku baru 17 tahun 4 bulan 20 hari sebenarnya. Lepas SPM aku duduk rumah, lepas result SPM masih di rumah sampai sekarang di rumah. Segala result kemasukan kolej mahupun universiti dah keluar bagi lepasan SPM/setaraf. Dukacita dimaklumkan bahawasanya saya tak dapat tawaran untuk kemasukan ke Matrikulasi, Kolej Profesional Mara (KPM) dan juga universiti awam (UA). Yang swasta ramai nak aku, yang itu tak payah ulas. 

Hampa? Adalah sikit. Dia macam ter-se-bak-se-bak sikit. Aku dapat form6 tapi aku tolak selepas berfikir separuh panjang lepastu menyesal sikit. Yang ini juga tak nak ulas banyak jugak. Kpm dah buat rayuan, tak dapat. UA still in process so pray for me! Dengan result biasa biasa ini, saya akur dengan segala pencaturan-Nya. 

Surat surat yang daripada swasta adalah bawah 10 keping dapat. Salah satunya daripada MSU. Abah ada macam teruja sendiri tapi akhirnya dia kata....., "Kalau abah kaya, lama dah lama hantar pergi msu tu"-abah,2017. Hahaha aku tak cakap pape pun, dia yang cakap macam tu sendiri. Abah teringin kot. Aku adalah letak harapan sikit time isi upu tu. Bukan rezeki aku kali, mungkin aku kurang dekat mana mana. 

#prayforme

Sebelum apply upu, mestilah adalah google kos yang aku nak ambik. Ada jugak tanya ibu, dia nak aku sambung apa. Jawapan dia memula mesti, "up to you......" kemudian dia mesti tambah "kalau boleh sambung......." benda biasa bila mintak pendapat dia. Semua kos aku tanya dia okay tak, macam tu macam ni lama lama dia naik angin hahaha. Aku ada cakap risau takde kerja bila ambik kos ni ni ni. Ibu cakap apa tau lepastu..., "yang nak risau sangat kenapa? kalau ada rezeki, adalah. sekarang fikir nak belajar.......blablabla" Yes, aku kena basuh teruksssss. 

Oh ye aku nak cakap pasal ni sebenarnya. Kan bila kita google pasal certain course tu kan, selalunya kita akan pilih blog blog yang cerita experience mereka dekat tempat belajar dan kos yang mereka ambil. Dekat situ aku terfikir, kalaulah takde blog blog yang cerita semua benda ni mesti tak tahu nak tanya siapa kan. Kebanyakan blog yang share pasal semua tu kan tahun 2012-2014 macam tu. Aku perasan tu tahun zaman blog tengah naik dan aku antara pengguna blogger. Jarang pulak jumpa orang share experience time belajar pakai blog tahun 2015 sampai tahun ni, serius jarang jumpa. 

Orang sekarang share pengalaman pakai twitter je. Twitter kan boleh buat thread panjang-panjang dah sekarang. Tapi mestilah rasa perbezaannya. Sini kau nak taip panjang mana pun takpe. Dari situ aku rasa macam nak aktif blog balik. Kalau ada benda manfaat yang boleh dikongsi, aku nak kongsi. Mana tahu membantu. Kalau takde orang macam aku nak hidupkan balik zaman blog, tempat orang kongsi pengalaman, siapa lagi? kahkah. 

Hari ni jugak ramai yang dah gerak nak ke UiTM masing-masing. Daftarnya esok. Yang jauh-jauh ramai dah bertolak hari ni. Kira power jugak dorang settle kan semua benda tak sampai 1 minggu. Padahal result upu baru keluar Isnin hari tu. Batch aku banyak kena drag tarikh sejak result spm lagi. Sampai ke upu pun tarikhnya dia drag. Sukati hangpa lah.

Aku doakan semuanya dipermudahkan. Hidup baru, jaga diri, jaga iman, jaga hati. Belajar elok-elok dan semoga capai cgpa berflat flat. Moga kalian sentiasa dibawah lindunganNya. Sekian.

Wassalamualaikum w.b.t &bye!

No comments: