Tuesday 23 May 2017

Decision?

Assalamualaikum w.b.t

Sejak dah nak masuk alam dewasa ni banyak benda kena buat decision on the spot. Takdelah semua benda, tapi belakangan ni banyaklah jugak. Sakit jugaklah rasa, lagi-lagi bila benda yang nak buat keputusan on the spot tu ada beri sedikit sebanyak effect pada diri sendiri. Tak sekarang, mungkin future nanti? Boleh tengok sendirikan hidup ni sebenarnya bukan benda mudah. 

Macam hari tu, buat decision tak nak ambik form6 makan masa jugaklah fikir. Kalau nak ukur macam separuh panjanglah, lol. Dalam exam, kalau tak sure jawapan, ikut kata hati yang mula-mula sekali, sebab selalunya yang mula-mula tu selalunya betul. Boleh tak aku apply kaedah tu bila buat keputusan? Kadang macam berguna, tapi kadang macam entahlah nak....tahlah....tak tahulah! Hahaha. 

Aku tolak form6 tu decision sebaliknya yang aku buat sebenarnya. Sebelum dapat keputusan, aku cakap dekat diri sendiri, kalau form6 tu dekat sekolah sekian sekian aku nak pergi. Sekali tengok result, dia tak keluar lagi nama sekolah. Dia suruh rujuk ppd. Aku takde rasa nak pergi rujuk pun, tapi dalam masa yang sama  aku nak tahu sangat sekolah mana ditempatkan bagi aliran aku. Jadi, aku tunggu kawan-kawan yang memang nak terima tawaran tu, pergi rujuk. Bila dah tahu, rupanya betul dapat sekolah yang aku nak tu. Tapi aku tolak?

Tak nak fikir lagi dah. Itu yang terbaik, mungkin? Allah yang bolak balikkan hati kita. Kita hamba hanya boleh usaha and rancang. Dia yang tentukan segalanya. 

Pagi ni aku kena buat decision on the spot lagi hahaha adui. Banyak betul masalah. Aku sebenarnya kerja sementara nak tunggu sambung belajar. Kelakarnya aku buat keputusan pagi tadi, yang aku nak berhenti. Aku dah siap, tiba-tiba macam "eh apa kita berhenti je?" hahahaha. Tolong jangan ikut perangai ni ye. Nampak kurang beradab sebenarnya. Amatlah kuaja orang kata. Dahlah inform pakai whatsapp je.

OMG SHE WAS PRETTY!!??!!

Alkisahnya semalam aku tak kerja lepastu ada sedikit ketegangan berlaku antara my mom with me. Benda kecik je biasalah mak kan? Ok sebenarnya takde kaitan. Mungkin ada sikit. Mana nak mula balik ni??? Isi dah ada nak tapi tak tahu nak mula dari mana. 

Kalau ikut contract (jadah contract) aku kerja sampai Jumaat (26/5) ni je. Aku start minggu kedua April. Kejap je kan? Yes, memang dia nak kejap je. Tapi minggu lepas dia ada bagitahu, kerja aku yang dia nak aku buat dah siap. Dia kata mungkin sampai Jumaat minggu tu jelah. Aku pun macam okay je. Berapa hari lepastu dia bagitau, mungkin Sabtu dia nak aku kerja tapi tengoklah dulu. Kalau nak, dia akan bagitau. Sampailah ke Jumaatnya, aku ada dekat kedai dia (lupa bagitau "dia" ni owner) dia takde dekat kedai. So dia tak cakap pape, kiranya Sabtu tak kerja dan aku fikir aku dah berhenti. 

Sampailah Sabtu aku tak kerja, Ahad aku whatsapp dia, tanya esok saya kerja tak? Adeh, 12jam jugaklah tunggu reply tapi dapat one tick je. Aku buat keputusan sendiri yang Isnin aku tak kerja kira dah berhenti. Lepastu, dia tanya ibu aku datang tak. Ah sudah. Aku dapat whatsapp, dia kata phone tertinggal and esok kerja. Esok tu hari ni lah. Aku macam lahhh.........ok takpe kerja jelah. 

Pagi tadi, aku bangun awal dah siap nak apa semua tiba-tiba abah kata dia pergi kerja hari ni tumpang kawan. Mula macam tak faham tau. Sebab aku dalam bilik abah cakap dekat luar aku macam okookokoko jela. Hahahah padah kau zah bapak kau cakap bukan nak hadap elok-elok. Sekali dah siap, dia tengah tunggu kawan dia, dan aku kena tunggu sekali. Aku ingat abah nak hantar aku dulu. Rupanya tak, memang padan muka dekat diri sendiri. Kau tahu SEGAN tu apa? Pergi kerja abah hantar tu benda biasalah. Ni pergi kerja kawan abah hantar macam asvhtdcsadfghj???? Terus aku kata aku tak nak pergi.

Masuk bilik whatsapp ibu whatsapp owner tu cakap tak pergi hari ni, pastu nak berhenti terus blablabla aku pakai ayat proper lah. Still berbudi bahasa tapi tak sopanlah dengan cara macam tu sebenarnya. Aku segan dah weh sebenarnya, semalam dahlah buat decision sendiri tak datang, hari ni kalau tak datang lagi lepastu esok datang, mahu tak segan? Tinggal 3 hari je baik berhenti je. Aku fikir macam tu je. Aku bukan nak susahkan orang tapi aku sendiri pergi kerja harapkan abah hantar. Kalau pergi sendiri tu mungkin lain cerita.

Kalau nak ditotal hari aku kerja sampai Jumaat lepas, 23 hari je sebenarnya hahaha. Sebulan pun tak sampai. Kalau cakap pasal gaji tu, aku boleh agak sendiri berapa. Dah sebulan pun tak sampai lepastu kerja aku mudah je dekat kedai tu. Aku ambik as pengalaman jela buat kerja ni. 23 hari tu nampak macam sekejap tapi sebenarnya banyak drama jadi dekat kedai. Kadang macam terdetik jugak, benda ni jadi sebab aku ke? Aku bawak bala ke? HAHAHA

Ok dah, sekian. Bye!