Monday, 14 December 2015

Singgah Kejap

Assalamualaikum w.b.t

Wassup gais! It's been awhile la wei huhu. Memang lama gila tak duduk sini. Woi sumpah rindu! Ada bukak sekali tu, itupun sebab nak private kan blog ni. Kemudian bukak 2-3 jugak lepastu. Tapi hanya satu persinggahan jela, tak buat apa-apa pun lepastu. Ada jugak terasa nak edit balik and aktif balik. Tapi itulah, boleh niat boleh rancang tapi siapalah aku ni. 

((awkward tiba-tiba))

Aku guna blog ni since aku darjah 5 ke 6 macam tula. Aku cuma delete post, tukar url. Email tetap sama dari dulu and suddenly i feel that im very proud with myself sebab masih boleh ingat password email blog ni. Kan aku kata aku selalu singgah sini, tapi aku tak update apa-apa just tenung blog sendiri pastu cakap dalam hati "kesiannya aku tengok blog aku ni.....".

Aku tak aktif blog sejak aku aktif gila dekat twitter. Yes, aktif tahap gaban. Time tu form2, form3. Aku sembang macam aku dah tua sangat do. Time form1 tu semangat lagi nak blogging apa semua. Sebab time tu baru masuk sek. menengah kan. Lepastu selalu update status dekat fb ajak singgah blog ececceh hahahhaha segan siot nak ingat balik. Dari situ jumpa kekawan sekolah yang ada blog. 

Naik form2 dah nampak kurang rajin dia. So, mulalah update post topik yang sama 2-3 kali macam mintak maaf dekat blog sendiri sebab dah lama tak update la apa la hahahha. Zaman kegemilangan tu wei. Masih ada perasaan kesian dekat blog sendiri bila lama tak update. Naik form3 lesap terus. Memula jela ada post nak pt3 la hape la. Ha sampai situ jela cerita. Sekarang tak tahu apa cerita result macam mana. Haahahha takyah la wei. Takyah curious sangat pasal result. Aku dah nak spm dah pun. 

Bila tengok balik ramai je kekawan yang ada blog lepastu dia delete blog tak pun private. Aku memula pun rasa nak delete blog ni. Tapi aku sayang. Sebab benda ni kenangan kot even aku dah delete semua post hahaha. Aku tak tahulah berapa banyak kali aku dah post-delete-post-delete dekat blog ni. Tapi url ni kali ketiga. Dari yang first sekali, storymory-iza.bs.com then dah macam matang sikit (kahkah) tukar thecengkerik.bs.com. Ingat tak nak tukar dah, tapi sebab sebelum aku private blog ramai mempersoalkan kenapa cengkerik? Apa kena mengena dengan cengkerik? Dan aku sendiri tak tahu kenapa aku letak cengkerik. 

Aku baru tukar tadi kot url ni. Sekarang baru aku sedar kenapa aku letak thecengkerik tu. Aku hiatus buat sekian lamanya, that's why cengkerik kot. Cengkerik kan macam krikrik kan ha ko bebuat paham jela. Tak reti nak explain.

Sebab aku tiba-tiba taip hari ni?

Aku rasa sebab aku kempunan nak taip panjang-panjang macam ni la. Twitter 140 patah perkataan je boleh taip. Fb dah lama deactivated. So yela kot, kempunan nak bebel sesorang macam ni. Rinduu-uu-uu, rindu serindu rindunya aa-aa-aaaa. Itu jelah kot nak cakap. Lepasni tak sure lagi bila nak dapat mood macam ni balik. Entah-entah tak sampai sebulan jakgi, private balik. Lantak lerr situ. 

Hehe, baiklah. Sekian dari saya. Wassalamualaikum w.b.t

No comments: